Wednesday 15 April 2020

#stayathome Kita mampu!

Salam. Masa mula-mula kena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), husband dah siap restock penuh peti ais rumah. Barang-barang makan kudap and semua macam-macam ada. Seminggu pertama tahap kerajinan aku masak memang luar biasa. Sarapan, lunch, minum petang and malam. Boleh kata kat dapur je la.

Masuk minggu kedua kerajinan mula menyusut. Ditambah dengan dapat tau pengumuman PKP dilanjutkan untuk tempoh lagi 2 minggu lagi sehingga 14 April. Aduhhh... Makin kurang mood aku. And now dilanjutkan lagi PKP Fasa 3 sampai 28 April.

Ni waktu kerajinan datang buat mee sup

Sejujurnya memang dah boring duduk rumah nak-nak untuk kita yang dah biasa bekerja ni. Even company mengamalkan Work from Home, tapi tak kan sama dengan dekat office. Aku yang anak sorang ni pun rasa ributnya nak settlekan kerja office dengan si kecik yang nak menempel je.

Sepanjang hampir sebulan PKP ni, memang aku kalau kata keluar rumah tu, pergi rumah sebelah je sebab babysitter nak main dengan si kecik ni. Selain tu, tak da. Waktu siang memang ada lagi kenderaan yang lalu. Tapi bila malam sunyinya ya Allah. Kalau tak depan rumah ni ada sederet kedai makan yang memang bukak sampai pukul 3 pagi. Sekarang ni kalau tinjau luar malam-malam, boleh tengok pokok bergoyang je ditiup angin. 


Duduk rumah pun ribut dengan si kecik ni. Tak sampai 10 minit selepas gambar ni diambil dia pecahkan telur tu💆‍♀️

Barang dapur semua husband aka ketua keluarga yang beli. Alhamdulillah my husband memang dari dulu tak perlu risau beli barang. Kadang dia lagi pro dari aku. Aku duduk rumah pun mostly dengan si kecik ni sebab dia bekerja.

Harap Covid-19 ni cepatla reda. Ramadhan dan Syawal tahun ni tak kan sama dengan tahun-tahun sebelum. Mesti akan rindu momen bazar, tarawih. Mesti sayu je rasa nak masuk Ramadhan nanti. 

Untuk semua, please stay at home. Dah hampir sebulan kita harung. Kalau dilanjutkan lagi pun untuk kebaikan kita semua. Virus ni kita tak nampak. Mana yang ada anak kecik lagi risau. Kita mampu!

Thursday 26 March 2020

Dilema produk merkuri

Salam. Korang pernah pakai produk-produk merkuri ni? Kadang kita rasa produk kita pakai tu dah elok sangat dah. Yang menjual pun dok promote kata bebas merkuri, selamat KKM dan segala macam bagai. Lepas tu kita disajikan pulak dengan iklan gambar-gambar kulit flawless, putih bersih tanpa cela. Ye, aku salah sorang yang kadang-kadang terpengaruh dengan iklan sebegini.

Kulit aku jenis berminyak and selalunya time period tu akan tumbuh jerawat tapi aku tak da la masalah jerawat teruk-teruk tu. Dulu aku kalau nak carik skincare memang masuk Watson, Guardian je tak da pergi tempat kedai jamu tu. Sampailah aku jumpa iklan online waktu tu jual W*****g*** and aku try. Kotak pertama, kedua memang muka cantik. Serius muka makin licin and orang tanya pakai apa. Then masuk kotak ketiga, entah mana silap muka start naik jerawat. Bila stop, lagi teruk and start dari inilah muka akau mula berkesan jerawat walapun tak clear sangat.

Insaf sekejap pergi beli dekat drugstore balik. Then terpengaruh lagi beli D***s. Pakai 2 tahun jugak then aku stop bila terjumpa iklan ada antara krim nya yang ada merkuri. Stop then mulalah teruk naik jerawat balik. 

Paling terbaru lepas lebih kurang 2 tahun stop pakai produk dari kedai luar ni, aku beli 1 produk kawan jadi stokis yang memang tengah top iklan kat radio. Kebetulan aku pregnant muka teruk naik jerawat-jerawat halus, kusam and teruk la. Jadi waktu berpantang kawan ni datang and aku beli produk tu. Serius memang kulit aku jadi snagat ok, smooth and makin cerah. Macam biasa waktu ni orang bertanya la. Aku pakai sapai beberapa bulan kluar berita krim siang and malamnya ada merkuri. Adohai. Aku stop lagi.

Aku pakai Olay tapi tak pastilah dah tak ngam dengan muka ke ape. Muka akau berbelang and gelap sampai ada yang tegur. Bila ada yang tegur tu maksudnya memang tak kena la tu dengan aku.

Setelah puas scroll-scroll and baca review, finally aku try produk Sendayu Tinggi start dari 18 Feb hari tu. Baru sebulan guna and aku tak rasa dia mcam produk kedai jamu yang lain. Kalau korang nak tau, produk Sendayu Tinggi memang tak da jual kat kedai jamu. Hanya Watson terpilih dan online.



Kredit kedua-dua gambar dari Google. Buat masa ni aku guna 2 ni je

Bila umur makin naik and selalu terbaca Dr Rafidah and Dr Amalina kongsi kat online and aertikel-artikel lain jugak, bahaya produk merkuri jni. Nampak macam simple tapi benda meresap masuk ke kulit dan darah. Nak cantik sekarang tapi kemudian hari derita? 

Monday 23 September 2019

Parking Di KLIA VS Lain-lain

Salam. Baru-baru ni aku ke KLIA untuk jemput my MIL balik dari mengerjakan haji. Alhamdulillah semuanya selamat. Kali ni aku nak bercerita dekat korang pasal isu parking di KLIA. Parking ni memang benda penting kan?
Sebenarnya ada pelbagai pilihan lain selain kita drive sendiri ke KLIA dan parking kat sana. Parking di KLIA selesa dan sangat banyak tapi ratenya agak tinggi iaitu RM46 sehari manakala untuk hari keempat dan seterusnya RM20 sehari. Bagi aku, rate ini agak tinggi terutama untuk travellers yang travel lebih daripada 5 hari. Kalau decide untuk drive, mungkin boleh cuba beberapa parking yang tak jauh daripada KLIA macam parking di Putrajaya Sentral dan Salak Tinggi. Kedua-dua parking ni mempunyai rate yang kurang daripada RM10 sehari. Jauh lebih murah daripada parking di KLIA tadi. 



Credit to : Google
Tapi kita kena ambil kira tiket KLIA Transit atau ERL ni untuk 2 hala. Bagi aku, masih berbaloi untuk pilihan parking di kedua-dua station ni. Sebab korang boleh je dapatkan get top KLIA transit deals dekat Traveloka dan lain-lain website. Aku memang suka guna Traveloka ni sebab selalu buat promosi yang berbaloi. Selain tu, ada beberapa perkara lain yang korang kena ambil kira kalau nak parking di sini.



  • Luggage - Kalau korang bawa luggage yang berat, mungkin agak susah lah untuk carry luggage tu. Tapi bagi aku, bukan masalah besar pun. Apa ada hal kan. Hee. Kalau korang jenis yang bag pack, parking macam ni memang okay sangat.
  • Convenient - Selain daripada luggage tadi, kena ambil kira jugak pasal keselesaan dari segi masa boarding and arrival. Yelah kalau flight sampai tengah malam, ERL masih tak beroperasi untuk kedua-dua lokasi ni. Jadi nanti kena tunggu dulu dekat airport semua. Jenuh. Dan selain itu, kena ambil kira juga dengan siapa kita travel. Kalau kita travel dengan family yang ada anak kecil dan warga emas, mungkin dengan meletakkan kereta di sini akan memberikan ketidakselesaan untuk mereka. Yelah dengan nak berjalan ke ERL lagi, nak bawa budak lagi, belum kira budak-budak yang jenis berlari sana sini susah nak kawal tu.

Jadi, nasihat aku lepas dah settle beli tiket flight dan lain-lain yang penting, rancanglah perjalanan nak ke KLIA dengan baik. Dekat mana nak parking? Sesuai ke tak dengan masa flight semua? Kos parking berapa?

Selain daripada korang drive sendiri, banyak je alternative lain yang boleh dipilih untuk ke KLIA ni. Traveloka ada sediakan airport express untuk kita pilih cara yang terbaik untuk ke KLIA tu. Boleh pilih lah masih nak stick dengan ERL atau boleh pilih bas dan airport taxi. Ini semua bergantung pada situasi kita dan juga bajet kita. 


Pergi search sekarang and korang akan tau lagi details
Aku suka jugak menggunakan airport taxi ni terutama kalau dah tempah melalui Traveloka sebab mudah, murah dan selesa. Aku tak payah fikir nak angkut beg yang berat tu dari kereta ke ERL dan sebagainya. Airport Taxi ni boleh terus ambil kita dari depan pintu rumah terus ke pintu balai perlepasan KLIA, begitu jugak sebaliknya. Memang best choice kalau waktu ketibaan atau perlepasan kita tengah-tengah malam. Pemandu ni boleh tunggu kalau flight kita delay atau ada apa-apa masalah yang mengambil masa untuk kita keluar daripada airport tu. Boleh je inform diorang. 

Pilihan terakhir dan semestinya murah untuk ke KLIA ni dengan menaiki bas. Bagi aku bas ni sangat sesuai untuk traveller yang jenis backpack. Sebab tak ada carry luggage, nak bergerak pun senang. Lagipun selalunya backpackers ni jenis yang nak meminimumkan kos. Jadi memilih bas untuk ke KLIA adalah pilihan yang agak jimat dan mudah. Sebab bas ni memang akan terus ke KLIA. 

Jadinya, jangan kita sempitkan fikiran kita untuk ke KLIA kita mesti park kereta kat sana je. Banyak lagi alternative lain yang bagus bergantung pada situasi kita. Sebagai kaki travel jenis backpack dan berada dalam kumpulan yang kecil (4 orang), aku suka gunakan airport taxi atau park kereta di Putrajaya Sentral dan naik ERL ke KLIA. Sebab kedua-duanya ini lebih selesa dan kos boleh dibahagikan kepada 4 orang kecuali tiket ETS. 


Sekarang semua di hujung jari je. Senang!

So korang nampak tak choice lain yang ada? So, jadilah pengguna yang bijak!
 
FULL DESIGN:JIAKREATIFΞLT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman