Saturday 27 January 2018

Wedding : Dari 'Cik' ke 'Puan'

Salam. Alhamdulillah 13 Januari awal tahun 2017, aku selamat diijabkabulkan dengan pilihan hati. Dari macam-macam yang kami lalui, semuanya akhirnya dipermudahkan. Kami berkenalan 30/06/15 and bertunang 09/04/16. Itupun cuma majlis risik yang disekalikan dengan pemberian cincin tunang. Aku akan story one by one dari nikah, bersanding and bertandang.

Nikah (13/01/17)
Bersamaan hari Jumaat selepas Asar dekat rumah family aku. Untuk hari ni, aku dimake up kan oleh kakak sepupu sendiri. Hantaran kami 9 berbalas 7. Untuk lebih detail aku akan cerita dalam next entry tentang preparation kami. Alhamdulillah family and tetamu ramai yang datang.

Kami memilih baju berwarna seakan-akan oren and beige. Putih dah terlalu biasa, jadi kitorang sepakat carik warna lain😅. Dengan sekali lafaz, aku selamat menjadi isteri kepada MNR. Syukur sangat. Cuaca pun dipermudahkan. Untuk hari nikah, family aku decide untuk masak sendiri. Aku dinikahkan oleh ayah aku sendiri. Kalau diingatkan balik, ayah aku yang nervous, bukan pengantin lelaki😁.



Soalan untuk pengantin lelaki tu biasala tapi tak la sampai meleret. Yang lama sikit part Tok Adat. Tok Adat akan check apa yang patut sebelum nikah and dia akan bagi kata-kata nasihat selepas nikah. Tok Adat ni memang ada untuk NS.






Bersanding (14/01/17)
Esoknya majlis persandingan untuk belah aku. Tema, purple. Hari ni menggunakan khidmat catering. Ibu aku cuma tambah satu jenis lauk and nasi. Dari pagi dah rasa nervous waktu diorang set PA system. Yang mak andam aku pun boleh tersesat nak carik rumah😄.

Bila start nak keluar and dengan paluan kompang, mula la hati macam-macam. Malu ada, berdebar-debar ada, haih semua ada. Pengapit aku, kawan adik aku sendiri sangat sporting and selalu tenangkan aku. 






Majlis dimulakan dengan bersanding atas pelamin, salam sembah and kemudian makan beradap. Bergambar tak payah cakap. Rasa memang kejung dah muka ni sebab asyik senyum. Dalam hati baru lah tau penatnya jadi pengantin. 









Bukan setakat tu, petangnya kitorang kena buli untuk menyanyi pulak😱. Habis habis...



Outdoor kami asalnya planning nak ke Putrajaya. Tapi memikirkan keadaan cuaca waktu tu, so decide ke Setia Ecohill, Semenyih. Ni memang kawasan baru and pemandangan pun cantik. 





Aku sampai rumah balik pun hari dah hujan. Lega rasanya bila dah selesai.

Bertandang (15/01/17)
Hari terakhir majlis. Untuk hari ni, kami memilih baju warna emerald green. Thanks to kakak ipar sebab dia yang banyak permudahkan urusan kitorang. Jarak rumah suami dari rumah aku dalam 1 jam macam tu. Tak da la jauh sangat. And untuk hari ni, diorang memilih masak sendiri. So, memang jenis menu kampung. Kawan aku sampai datang sini la instead rumah aku😄.

Dari belah perempuan yang menghantar pun dalam 6 kereta. Aku make up semua dekat sana, rumah yang berhampiran. Cuaca pun alhamdulillah. Pelamin, deco bilik semua kakak ipar and biras aku yang buat. Betapa kreatifnya diorang. Walaupun simple tapi memang cantik.






Outdoor kami, kawasan sawah padi. Dah cameraman kata cantik, so kita ikutkan je lah. Boleh bayangkan dengan cuaca yang panas and baju pengantin yang boleh tahan tebal and saratnya tu, Tuhan je tau macam mana kami berdua menahan and merungut nak cepat habis. Haha😁.






Aku and suami bersyukur sangat untuk 3 hari ni. Apa yang kami rancang, alhamdulillah berjalan dengan lancar. Segala penat menyiapkan persiapan tu akhirnya berbaloi.

#ThrowbackMerisik (09/04/16)
Tak perlu nak create lagi entry memandangkan dah setahun lebih pun benda ni baru nk update. Majlis merisik yang sangat simple. Hanya melibatkan dua keluarga sahaja. Kami classify sebagai bertunang sekali memandangkan aku dapat 2 cincin, risik and tunang.

Biar gambar je yang bercerita.




1 comment:

QasehnyaRania said...

alhamdulillah
selamt pengantin baru
semoga bahagia hingga jannah aamiin

cntik cntik pic..
tp ciksu suka view sawah padi tu..
warna emerald green.. cantik..

salam kenal dr ciksu..
tq sudi singgah blog ciksu 😉

 
FULL DESIGN:JIAKREATIFΞLT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman