Sunday, 5 November 2017

Ambank Staff Appreaciation Day at Berjaya Waterfront Hotel, Johor Bharu

Salam. Sebelum tu, maaf ni entry yang sangat lama terperap. Tapi sebab aku rasa penting untuk aku simpan dalam blog ni, aku publish jugak. Alhamdulillah dari 12-13 Aug 2016, aku dah selamat pergi and balik dr JB atas urusan kerja. Walaupun penat balik dengan tak cukup rehat sampai la demam semua, tapi segalanya berjalan lanar and jadi satu moment dalam kerjaya.

Staff Appreciation Day for Southern Region actually only for one day which is on 13 Aug, hari Sabtu. Tapi disebabkan aku ni join untuk performance, so dapat kelebihan untuk penginapan and kene pergi hari Jumaat coz ada rehearsal. Team tarian aku ada 11 orang. So kitorang naik van panjang yang boleh muat 17 orang! Pagi Jumaat seawal 9.30 pagi kitorang bertolak.

Disebabkan ada berhenti untuk makan dekat Ayer Keroh, so total ke JB dalam empat jam. Serius memang rindu nak pergi JB. Last ke JB tiga tahun lepas waktu aku sibuk ulang-alik nak siapkan thesis. Berjaya Waterfront Hotel ni memang tapi laut and disebelahnya zon bebas cukai. Tapi dari apa aku tengok, tak da beza mana pun harga dia😑. Kawasan ni area Stulang.

Sampai je and letak beg solat semua, penuhkan perut dulu. Berjalan kaki la beranai-ramai. Then terus ke dewan untuk rehearsal. Tarian kitorang akan perform ni tarian Endang. Bukan la benda baru kat aku. Sekolah dulu pernah buat. Tapi almaklumlah sekarang badan makin tua jadi keras. Haha😂😂😂.

Malam tu kami sempat ke Pasar Karat sampai la waktu balik punya jenuh berjalan carik teksi. Memang tak dapat lupa bila terkandas. Keluar pulak berlima. Pakai sumbat and padat je teksi. Balik dari situ bukan dapat rehat, sambung rehearsal balik sampai 2 pagi. Ada team Melaka and Johor jugak performance. Melaka tarian Bhagra and Johor, Zapin. Serius penat. Habis tu tak terus naik bilik. Kitorang discuss last minute arrangement sebab sorang ahlibada kematian keluarga. So tak dapat join. Sudahnya pukul 3 baru tido.

Dengan 3 jam tido sebab pukul 6 dah bangun, kepala ni terlalu pening. Nasib. Sape suruh masuk tarian kan😑. Breakfast and bersiap sume dengan pakai pakaian yang nak kene attach banyak pin tu, haihh serabut. Nasib selesa. Lantak la asalkan samping and yang atas kepala aku tu tak jatuh. Masuk dewan nak makan pun tak da selera sebab nervous lagi nak perform. Bila dah settle, barula makan dengan jayanya.

Alhamdulillah walaupun rasa macam ok ke tak ok, tapi semuanya berjalan lancar. Siap ada yang datang meja puji our performance. Hihi😁. 




Tuesday, 2 August 2016

Sambutan aidilfitri Ambank

Salam. Alhamdulillah untuk kali ni aku sambut raya dekat Ambank pulak. Dulu CIMB tak da macam ni. Kalau BSN pulak terlebih meriah dengan sambutan department and negeri. Sampai dua kali kan. Ambank kali ni dekat branch je.


Majlis 27/6 hari tu ambik kira jangan ada yang cuti. Ye la, tak sedap pulak. Bos dah appoint aku and my colleague untuk arrange makanan. Aku ni bukan la pandai nak arrange bab-bab makanan ni. Kang tak pasal order ikut tekak aku je. Dah la aku tak makan sejenis nasi impit, lontong and so on. 

Nasib la colleague aku, Kak Siti ni golongan mak-mak. Even anak sulong dia dah 20. Beza 6 tahun je dari aku😆. Kitorang planning and dia order. Hasilnya terorderlah nasi impit, kuah kacang, lontong, kuih and air. Ada jugak staff lain yang bawak spaghetti and kuih raya.



Nampak macam simple tapi banyak jugak and jenuh jugak makan. Haha. Siap berlebih diorang bungkus bawak balik. Bagus dari membazir kan.

Majlis simple sekadar ambik gambar and makan je. But at least ada jugak rasa raya nya lagi. Even sekarang ni dah hujung-hujung Syawal kan. Aku ni entah kenapa rasa cam tahun ni paling hambar and paling tak raya. Haha. Tak pe la, faktor usia maybe. Or maybe ada benda lagi penting aku tengah planning.


Thursday, 14 July 2016

Aidilfitri 2016

Salam. Masa mula-mula puasa dulu, rasa macam lambatnya lagi nak raya. Sekarang ni tengok, macam tak da apa. Kejap je rasa habis dah. Tapi relax, raya kan sebulan.

Rutin raya aku macam biasa. Kampung kat situ je la. Raya pertama kedua aku banyak dekat rumah nak siapkan apa-apa tetamu datang. Yang datang pun tak putus. Raya pertama of course dengan baju baru and banyak bergambar. Tapi lepas tu sibuk kat dapur.

Aktiviti wajib pagi raya bersalam-salaman then wefie bergambar. Bersalam-salaman ni bukan dengan family aku je. Tapi dengan pak cik mak cik and sepupu yang beraya kat kampung sekali. Meriah sebab ramai and kecoh.


Banyak lagi yang tak sempat kitorang pergi especially belah ayah. Ni setiap minggu aku kene balik kampung la nak habiskan raya semua rumah. Hurm. Tak pe. Rajinkan la diri wahai Maisarah melayan raya yang sebulan.




 
FULL DESIGN:JIAKREATIFΞLT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman